Tujuan Pemeriksaan Kesihatan adalah untuk :-

 

         Memastikan peraturan Haji Kerajaan Arab Saudi dipatuhi;

         Mendapatkan suntikan wajib Meninggococcal Meningitis  Quadrivalent  (ACYW -135).           

          Suntikan  boleh  diperolehi  percuma di Klinik  dan  Hospital  Kerajaan;

         Memastikan bakal haji tidak mengidap penyakit merbahaya atau penyakit berjangkit;

         Memastikan penyakit dikesan awal, dirawat dan distabilkan disamping keperluan ubatan dapat 

          dikenalpasti;

         Menyediakan rekod rawatan lengkap untuk rujukan ketika di Tanah Suci;

         Mengesan bakal haji wanita yang hamil. Wanita hamil tidak diluluskan untuk menunaikan haji;

         Mengesan kes tidak siuman atau nyanyuk. Kes-kes ini dikhuatiri boleh menyebabkan haji tidak sah;

         Mengenalpasti bakal haji berpenyakit kronik;

 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia

Kali Ke-84, yang telah bersidang pada 15 Disember 2008 memutuskan bahawa :-

    

1.           Pesakit yang mengidap penyakit kronik yang tiada harapan sembuh seperti sakit buah 

              pinggang yang menjalani rawatan hemodialisis dan seumpamanaya adalah tidak wajib

              menunaikan haji;

2.           Pesakit kronik adalah wajib melaksanakan badal haji sekiranya berkemampuan daripada 

             sudut kewangan; dan

3.           Sekiranya telah sembuh daripada penyakit kronik, individu tersebut wajib menunaikan 

             ibadah haji jika berkemampuan.

 

Kembali