Tempat pemeriksaan kesihatan bakal haji boleh dilakukan :-

 

1.      Pemeriksaan kesihatan di hospital atau klinik kerajaan

         

          *       Bakal haji diminta berhubung dengan Pejabat Tabung Haji yang berhampiran bagi makluman

                   berkenaan tarikah dan jadual pemeriksaan kesihatan bakal haji di daerah masing-masing

 

          *       Pemeriksaan kesihatan ini adalah percuma

 

    *       Pemeriksaan kesihatan hanya boleh dilakukan dengan Pegawai Perubatan yang mempunyai  

            Nombor Pendaftaran Pemeriksaan Kesihatan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri              sahaja

 

2.     Pemeriksaan kesihatan di klinik swasta (Panel Pemeriksaan Kesihatan Bakal Haji)

 

          *       Bagi  bakal haji yang memilih untuk membuat pemeriksaan  kesihatan di  Klinik  

                   Swasta,  kosnya  adalah tanggungan  sendiri 

 

          *       Hanya boleh dilakukan di Klinik Swasta dimana  

                   Pegawai Perubatannya mempunyai Nombor Pendaftaran Pemeriksaan Kesihatan

                   yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri

 

          *       Senarai klinik swasta yang boleh melakukan pemeriksaan kesihatan untuk bakal haji mengikut   

                   negeri

                   - Perlis

                   - Kedah

                   - Pulau Pinang

                   - Perak

                   - Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur

                   - Selangor

                   - Negeri Sembilan

                   - Melaka

                   - Johor

                   - Pahang

                   - Terengganu

                   - Kelantan

                   - Sabah

                   - Sarawak

 

          *       Cop pengesahan pemeriksaan kesihatan oleh pegawai perubatan

                  

 

Kembali