|
TABUNGAN
Kaunter Mesra
Dalam usaha untuk
memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pendeposit beberapa
pendekatan baru telah diambil. Di antaranya, pembukaan Pejabat-pejabat
Mini di kawasan yang tertentu, konsep kaunter yang terbuka dan mesra,
penggunaan alat panggilan digital serta kakitangan yang
terlatih untuk melayani kehendak pelanggan.
Dengan adanya pendekatan ini diharapkan pendeposit TH
dapat menjadikan TH
sebagai sebuah institusi bagi urusan simpanan dan pelaburan.
Waktu Perkhidmatan
Pelanggan
Waktu perkhidmatan di
kaunter-kaunter Tabung Haji, berikut adalah jadual perkhidmatan kami:
|
HARI |
WAKTU URUSNIAGA BARU |
|
1. Waktu urusniaga Kaunter Lantai 2, Cawangan Tun
Razak, Kuala Lumpur |
|
Isnin hingga Khamis |
08:30 pagi hingga 04:30 petang |
|
Jumaat |
08:30 pagi hingga 12:15 tengahari
02:30 petang hingga 04:15 petang |
|
2. Waktu Urusniaga Kaunter Pejabat di
Negeri-negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya,
Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang,
Melaka dan Johor |
|
Isnin hingga Khamis |
08:30 pagi hingga 04:30 petang |
|
Jumaat |
08:30 pagi hingga 12:15 tengah hari
02:30 petang hingga 04:15 petang |
|
3. Waktu Urusniaga Kaunter Pejabat di
Negeri-negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu
|
|
Ahad hingga Rabu |
08:30 pagi hingga
04:15 petang |
|
Khamis |
08:00 pagi hingga
03:00 petang
08:00 pagi hingga
04:30 petang (Terengganu sahaja) |
|
4. Waktu Urusniaga Kaunter Pejabat di
Negeri-negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan
|
|
Isnin hingga Khamis |
08:30 pagi hingga 04:30 petang |
|
Jumaat |
08:30 pagi hingga 11:30 pagi
02:00 petang hingga 04:30 petang |
|
5. Waktu Urusniaga Kaunter Pejabat di Negeri
Sarawak |
|
Isnin hingga Khamis |
08:30 pagi hingga 04:30 petang |
|
Jumaat |
08:30 pagi hingga 11:45 pagi
02:15 petang hingga 04:30 petang |
Kelebihan Pendeposit TH
Kelebihan menyimpan di Tabung Haji iaitu
mengikut Syiar Islam; melaksanakan sistem kewangan Islam,
Zakat; zakat perniagaan yang dibayar bagi pihak pendeposit,
Halal; simpanan dilabur menepati tuntutan syarak, Bonus;
memberikan bonus yang kompetitif kepada pendeposit, pengecualian
cukai; bonus dikecualikan daripada cukai pendapatan,
Dijamin; Simpanan dijamin oleh kerajaan dan Kekerapan
pengeluaran; pengeluaran wang tanpa had.
Semua
simpanan boleh dibuat dengan membuka akaun di mana-mana Pejabat TH
(simpanan permulaan cuma sebanyak RM2.00 bagi dewasa dan
kanak-kanak). Pendeposit boleh menambah simpanan melalui kemudahan
berikut :
◊
Pejabat-pejabat
TH cawangan
◊ Majlis penerangan / kempen / meja Tabung Haji
◊ Melalui mana-mana Agen Kutipan Simpanan
TH yang diberikuasa, iaitu
Nota:
*
adalah
ejen kutipan simpanan TH secara Perbankan Internet.
◊
Skim Pelaburan Ahli KWSP di dalam TH
◊
Potongan Gaji
Diri dan Keluarga ◊
Penghantaran Draf Bank / Cek / Wang Pos / Kiriman Wang secara pos ke
mana-mana Pejabat TH.
Kelayakan Menjadi Pendeposit TH
Syarat-syarat :
Potongan Gaji untuk Diri dan Keluarga
Merupakan kemudahan yang disediakan oleh TH
untuk pendeposit membuat simpanan bagi diri dan keluarga
secara bulanan melalui potongan
gaji.
Kelebihan Skim Ini simpanan
boleh dibuat setiap bulan tanpa perlu datang ke Pejabat TH,
anak-anak boleh menjadi pendeposit TH sejak ianya dilahirkan dan
mempunyai simpanan dari potongan gaji ibubapanya, dapat
menanam sikap berjimat cermat dan minat menabung dikalangan kanak-kanak
dan merancang keperluan mereka dimasa hadapan dan bagi
anda yang ingin menunaikan Fardhu Haji , simpanan bulanan
secara tetap akan membantu merealisasikan impian anda.
Perkhidmatan ATM / CDM

Pendeposit
TH kini boleh melakukan transaksi akaun TH
di Mesin Juruwang Automatik (ATM) dan Mesin Deposit Tunai (CDM)
di semua rangkaian Bank Islam dan Bank Rakyat.
|