Soalan 1:

Bagaimana cara untuk buka akaun di TH ?

Jawapan:

Pembukaan akaun boleh dibuat di mana-mana kaunter Pejabat TH.

Kelayakan untuk membuka akaun TH :

      Individu beragama Islam dan

      Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap

Simpanan permulaan sekurang-kurangnya RM2.00.

Pemohon perlu membawa kad pengenalan atau kad kuasa polis atau tentera.

Bagi kanak-kanak di bawah 12 tahun penjaga perlu membawa surat beranak.

Pemilik akaun akan diberi Buku Akaun Simpanan TH.