Pembaharuan  dan  peralihan  dunia  korporat  ke  alam  global  telah  mengajak  TH  untuk   turut sama  mara ke  arah   globalisasi   perkhidmatan   yang lebih berkesan.  Setelah   dikuatkuasakan  akta  baru  dalam  tahun 1995 yang  menyediakan  ruang  dan  peluang  untuk  memberikan  perkhidmatan secara global,  pada 28 Ogos 1997, TH   telah  melancarkan  logo  korporatnya  dan sekali lagi TH  memberikan wajah baru pada logo TH yang berkuatkuasa pada 25 Mei 2009 dengan logo TH  yang lebih  bersifat   semasa   dan  terkini   dengan  ciri  -  ciri yang tersendiri.
 

Maklumat Warna

Hitam

Melambangkan warna Ka'abah apabila ia diselubungi oleh kain Kiswah

Hijau

Melambangkan warna agama Islam


Huruf ( ta ha) adalah singkatan perkataan Tabung Haji di dalam tulisan bahasa Arab. Bentuk segi empat logo ini melambangkan Ka'abah yang menjadi arah tuju dan tumpuan solat umat Islam di dunia.

 

Maklumat Motto

"MARILAH MENUJU KEJAYAAN"

Diseru lima kali sehari semasa azan berkumandang di seluruh dunia. Siang dan malam. Umat Islam sentiasa disuruh berusaha ke arah kemajuan bagi pembangunan Islam sejagat. Apabila maju umat, semua perkara yang dituntut dalam Islam boleh dilaksanakan seperti membayar zakat, pembangunan, pembelajaran dan sebagainya. Tabung Haji adalah pilihan tepat untuk umat Islam menyahut seruan tersebut tanpa prasangka.