TaHa D'Bayu, Sabah                                                                                                                           

Latar Belakang | Kemudahan Yang Disediakan | Kadar Sewa | Pertanyaan | Pelan TaHa D'Bayu
 


Latar Belakang

TaHa D'Bayu siap di bina pada tahun 2000 dengan kos sebanyak 30.85 juta dan pada Mac 2001 kompleks telah di buka untuk orang ramai. Semasa dibuka TaHa D'Bayu diuruskan oleh anak syarikat TH  iaitu TH  Global Sdn Bhd dengan jumlah bilik sebanyak 108 buah.

Pada September 2003 TaHa D'Bayu telah di ambil alih oleh TH dan di letakkan di bawah Bahagian Urusan Hartanah. Manakala pada tahun 2005 TaHa D'Bayu telah di tukar namanya kepada TaHa D'Bayu.                                                                                                                                                

Matlamat Kompleks

Pada permulaan TaHa D'Bayu di tubuhkan adalah berasaskan pada tujuan:

  Adalah untuk memberi kemudahan kepada Jemaah Haji (JH) pada musim Haji.

  TaHa D'Bayu merupakan transit kepada JH sebelum berangkat menunaikan ibadat Haji.

  Penginapan juga disediakan kepada orang awam.

Sesuai dengan matlamat utama TaHa D'Bayu ditubuhkan banyak kemudahan yang tersedia untuk kegunaaan jemaah haji. Antara kemudahan yang di sediakan oleh TaHa D'Bayu adalah seperti

  Daftar masuk

    

  Bilik penginapan untuk jemaah haji

  Dewan berlepas

    

  Kafetaria

  Tempat letak kereta yang luas

Selain kemudahan yang di sediakan semasa musim haji TaHa D'Bayu juga turut menyediakan kemudahan untuk orang awam yang berminat untuk menggunakan kemudahan TaHa D'Bayu. Penyewaan kemudahan seperti bilik penginapan, dewan dan bilik seminar juga turut disediakan kepada agensi kerajaan, swasta dan orang ramai.                                                                                                                                                 

Kemudahan Yang Disediakan

TaHa D'Bayu kini lebih kompetitif dalam menyediakan kemudahan bilik sebanyak 108 unit. Dilengkapi dengan kaunter pendaftaran 24 jam, rangkaian saluran Astro, kemudahan kopi dan teh segera, surau, jagaan bilik harian, mini kiosk, dan kedai kopi dan kemudahan bankuasi iaitu terdapat 7 buah bilik seminar, dewan besar yang boleh memuatkan hampir 1000 orang, kemudahan audio visual yang lengkap dan memenuhi kehendak semasa dan pakej yang mampu diubahsuai bertepatan dengan bajet yang diperuntukkan.                                                                                                                                      

Kadar Sewa Bagi Bilik Mengikut Market Segment                                                                            

* Perubahan harga tertakluk daripada pindaaan dari semasa ke semasa.

* Ahli Kelab Taha akan menerima 15% dengan penginapan sekurang-kurangnya tiga hari dua malam.

                                                                                                                                                          

Pertanyaan

Untuk tempahan dan pertanyaan, sila hubungi:
TaHa D'Bayu, Jalan Sembulan,
Peti Surat 12908, 88832 Kota Kinabalu
Tel : 088 - 258 906 / 244 893
Fax : 088 - 221 758                                                            
                                                                  


Pelan TaHa D'Bayu