Bertepatan dengan konsep Islam sebagai "Addeen" agama untuk dunia dan akhirat,  setiap  ibadah  yang difardhukan  oleh Allah s.w.t.  memberi  manfaat dunia   dan  akhirat.   Atas    iktikad      mengerjakan haji,       umat    Islam   terdorong       mengumpulkan     wang    bagi    membolehkan       mereka berkemampuan memenuhi perbelanjaan ke Tanah Suci.

Bagi  mengelakkan  unsur  riba' yang haram  di  sisi  Islam, berbagai  kaedah  tradisional menyimpan wang diamalkan.  Ada  juga yang  menjual  ternakan dan    harta   benda   warisan   bagi   mencukupkan perbelanjaan   ke     Tanah   Suci,     yang    mana    akhirnya   mengakibatkan   tekanan    ekonomi keatas diri sendiri dan keluarga,    semasa dan    sekembalinya   mereka   dari   menunaikan   fardhu haji. Amalan ini juga secara tidak langsung  turut  merosakkan struktur ekonomi luar bandar serta mengancam pertumbuhan ekonomi negara.

Untuk  mempertingkatkan lagi  perkhidmatan dan  kemudahan  kepada  bakal-bakal haji, dalam tahun 1969 perbadanan   tersebut   dicantumkan   dengan Pejabat Urusan Hal Ehwal Haji yang beroperasi di Pulau Pinang, dan  dengan itu lahirlah Lembaga Urusan dan Tabung Haji  atau  ringkasnya  Tabung Haji, yang ditubuhkan di bawah Akta 8, Akta Lembaga Urusan dan Tabung Haji 1969 dengan tujuan untuk :
 

  • Membolehkan orang-orang Islam menyimpan secara beransur-ansur bagi memenuhi perbelanjaan 
       menunaikan fardhu  haji  atau lain-lain perbelanjaan  bermanfaat;
     

  • Membolehkan  orang-orang  Islam  melalui  wang   simpanan  mereka  mengambil  bahagian yang
       lebih berkesan di bidang  penanaman modal melalui cara yang halal di sisi Islam; dan
     

  • Memberi   perlindungan,  pengawalan  dan  kebajikan  kepada  jemaah  haji  yang   menunaikan 
       fardhu   haji     dengan  menadakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan.

Berasaskan kepada tujuan-tujuan  itu Tabung Haji telah menetapkan matlamatnya iaitu memberi perkhidmatan yang baik, sempurna dan amat memuaskan kepada  jemaah  haji Malaysia  dalam  urusan menunaikan  fardhu  haji; memberi keuntungan yang maksimum  kepada pendeposit-pendeposit atas wang simpanan mereka.

Kenyataan ini adalah jelas menunujukkan bahawa Tabung Haji ditubuhkan bukan sahaja untuk menguruskan pemergian jemaah haji ke Tanah Suci, malah ia juga berfungsi sebagai suatu badan alternatif kepada umat Islam Malaysia untuk menyimpan wang sambil melabur secara halal dan mengikut lunas- lunas Islam.

Sebagai  sebuah  badan  yang  berunsurkan  korporat  Tabung Haji  amat  peka  dengan  perkembangan dan perubahan  yang  melanda   dunia   di   era 90an.       Demi    menjamin kesinambungan  daya  saingnya dalam era globalisasi satu kajian telah dibuat dalam tahun 1995 bagi meluaskan  lagi   skop dan peranan Tabung Haji. Dari itu, pada 1 Jun 1995 akta baru Tabung  Haji  iaitu  Akta  535,  Akta   Lembaga  Tabung Haji  1995   dikuatkuasakan   yang memansuhkan  akta  lama dan nama Lembaga Urusan dan Tabung Haji digantikan dengan Lembaga Tabung Haji pada 28 Ogos 1997, dan serentak dengan itu huruf TH diperkenalkan sebagai singkatan nama menggantikan perkataan Tabung Haji.