HAJI
Bimbingan


Bimbingan Haji
 

Objektif Bimbingan Haji

  1. i.  Meningkat pengetahuan dan kefahaman yang mendalam mengenai Ibadat Haji, Umrah dan Ziarah Madinah Munawarah.

  2. ii. Untuk meningkat kesedaran dan tentang situasi sebenar di Tanah Suci.

  3. iii. Membantu melahirkan ummah yang bertaqwa yang memahami fungsi mereka selepas kembali dari
        haji.

Perkhidmatan Bimbingan Haji

 

1. Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji ( Tabung Haji / JAKIM)

  1. i.     Pengurus Besar (Bimbingan) sebagai setiausaha Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji.

  2. ii.    Ahli Jawatankuasa di lantik 3 tahun sekali di dalam perkhidmatan dengan TH.

  3. iii.   Memutuskan kedudukan hukum-hakam berkaitan isu-isu haji yang dirujukan kepadanya.

  4. iv.   Memutuskan kedudukan hukum-hakam berkaitan isu-isu ibadat haji yang ditemui dari semasa ke
          semasa.

  5. v.   Mengemukakan cadangan kepada pengurusan TH berkaitan isu-isu pelaksanaan ibadat haji.

  6. vi.  Mengesahkan semakan ke atas bahan-bahan penerbitan ibadat haji yang dikeluarkan oleh TH dari 
          semasa ke semasa.

  7. vii. Bertugas sebagai anggota jemaah pakar rujuk ibadat haji dalam Rombongan Kebajikan Haji ke  Tanah     Suci sebagaimana yang diarahkan.

2. Tugas Penasihat Ibadat Haji (Pakar Rujuk Semasa Di Tanah Suci)

  1. i.   Membantu menyelesaikan masalah ibadat yang dirujukkan oleh Tabung Haji.

  2. ii.  Memberi nasihat dan panduan kepada Guru Agama.

  3. iii. Memastikan nasihat dan panduan yang diberikan adalah menepati kehendak syarak.

  4. iv. Menyelia dan menasihat perjalanan program bimbingan ibadat.

  5. v.  Menyampaikan ceramah dan forum ibadat kepada jemaah haji.

  6. vi. Menyelesaikan permasalahan ibadat jemaah haji yang dirujuk.

3. Muzakarah Haji & Resolusi Muzakarah 2004 - 2011


Merupakan program tahunan yang melibatkan Pengkursus Ibadat Haji seluruh Negara. Kertas kerja muzakarah disedia dan dibentangkan oleh Penasihat Ibadat Haji (TH - JAKIM). Kertas kerja dan resolusi muzakarah haji dijadikan panduan dalam ceramah haji.

4. Perlantikan Pengkursus Ibadat Haji Lembaga Tabung Haji

Membuat permohonan melalui pejabat TH Negeri atau Daerah. Mengisi borang permohonan Pengkursus Ibadat Haji. Hendaklah memenuhi kriteria berikut sebelum mengisi borang:

  1. i.  Telah menunaikan fardhu haji dan umrah (bukan dengan kapal laut).

  2. ii. Mempunyai tauliah mengajar yang sah dan masih berkuatkuasa dari Majlis / Jabatan Agama Islam.

  3. iii. Mempunyai latar belakang pendidikan agama dengan kelulusan sekurang-kurangnya 4 Thanawi atau
        setaraf.

  4. iv. Tidak membawa jemaah haji atau berkempen ketua kumpulan / syarikat swasta.

  5. v. Lulus temu duga pemilihan Pengkursus Ibadat Haji.

5. Perlantikan Guru Agama Tanah Suci Lembaga Tabung Haji

  1. i.     Dilantik oleh TH sebagai Pengkursus Ibadat Haji.

  2. ii.    Dicalon oleh Pengarah Negeri dan disahkan oleh Bahagian Bimbingan.

  3. iii.   Telah menghadiri Muzakarah Haji (dalam tempoh 3 tahun terdahulu).

  4. iv.   Telah menunaikan ibadat haji dan umrah (bukan dengan kapal laut).

  5. v.    Lulus temuduga pemilihan Guru Agama Tanah Suci.

  6. vi.   Tidak terlibat membawa jemaah haji.

  7. vii.  Sihat tubuh badan dan umur tidak melebihi 60 tahun.

6. Menyediakan kursus khas untuk Guru Agama yang akan bertugas di Tanah Suci

  1. i.   Kursus Teras Guru Agama Tanah Suci.

  2. ii.  Muzakarah petugas Guru Agama Tanah Suci.

7. Tugas Guru Agama di Tanah Suci

  1. i.  Menyusun jadual ceramah bimbingan ibadat dan melaksanakannya.

  2. ii. Menyusun dan melaksana program ibadat.

  3. iii. Melaksanakan aktiviti Ziarah Silaturahim.

  4. iv. Memberi nasihat permasalahan ibadat jemaah haji yang dirujuk.

  5. v. Menyediakan laporan program ibadat jemaah haji.

  6. vi. Menyediakan laporan permasalahan ibadat jemaah haji.

8. Kursus Haji & Modul
   
   
Menyelaraskan kursus haji TH di seluruh negeri.

  1. i.     Kursus Asas Haji

  2. ii.    Kursus Intensif Haji

  3. iii.   Kursus Khas Haji

  4. iv.   Kursus Perdana Haji

9. Mengadakan Program Bimbingan Haji melalui media cetak dan elektronik:

  1. i.  Siaran penyiaran televisyen dan radio iaitu melalui RTM, IKIM, dan ASTRO.

  2. ii. Akhbar tempatan.

10. Mengadakan Program Bimbingan Haji melalui penerbitan:

  1. i.    Buku Panduan Ibadat Haji Umrah dan Ziarah (Diberi kepada JH Terpilih tahun semasa).

  2. ii.   Buku Himpunan Doa-doa Terpilih di Tanah Suci (Diberi semasa Kursus Intensif / Perdana).

  3. iii.  Buku Panduan Perjalanan Jemaah Haji (Diberi kepada JH Terpilih semasa Kursus Haji).

  4. iv.  Buku Soal Jawab Haji dan Umrah (Diberi kepada JH Terpilih semasa Kursus Intensif Haji / Perdana).

  5. v.  Risalah Perjalanan Haji (Diberi semasa JH lapor diri di stesen berlepas).

  6. vi. Senarai semak Ibadat Haji dan Umrah (Diberi semasa JH lapor diri di stesen berlepas).

Senarai Ahli Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji (TH - Jakim)

Senarai Pembimbing Ibadat Haji

Maklumat Ibadat Haji / Umrah >>>